Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, January 20, 2014

Mohon Doa Dari Sahabat Sekalian

Memang Tersentap, Memang Sedih, Memang Risau

Itulah yang boleh saya ungkapkan
Bukan apa, sekarang ni dah nak masuk 6 bulan,
Kaki saya yang patah ni masih tak sembuh

Silapnya kecil sahaja
Tersalah buat "window" masa pakai simen kaki

Kesannya sampai sekarang,
Tak lama lagi dah nak naik sem baru, SATU BULAN LEBIH JE LAGI

untuk pengetahuan para pembaca
window ni bermaksud bahagian simen kaki yang ditebuk sedikit bagi memberi ruang kepada kulit yang masih luka untuk dicuci

Alhamdulillah, luka dah sembuh,
Tapi tulang kaki lari lebih dari >10 degree..
Doktor kata dia tak terima kalau tulang senget macam ni

Nanti terganggu masa berjalan
Kaki pendek sebelah atau dengan kata lain akan tempang.
Masa doktor cakap macam tu, saya sangat risau,
Ye la, umur muda lagi 16 tahun (hehehehehe)
Tapi jalan dah tak betul

Maaf yer kalau ada yang terasa,
Saya tak berniat nak menghina langsung

Satu keputusan telah dicapai
InsyaAllah 12 Febuari ini, saya kan menjalani satu pembedahan untuk memasukkan besi didalam tulang.

Harapan saya agar mendapat doa dari sahabat-sahabat sekalianSemoga pembedahan saya pada pada 12/2/2014 ni akan berjalan dengan lancar.
Doa dari kawan-kawan semua amat saya hargai, dah saya dahului dengan ucapan terima kasih





Semoga kalian semua mendapat kebahagian hidup di dunia dan di akhirat
InshaALLAH.. sekian terima kasih.

Assalamualaikum.

No comments: