Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sunday, November 17, 2013

Sembang-sembang Patah Kaki

Assalamualaikum kalian-kalian sekelian.
Apa khabar hendaknya disana.
Semoga sehat senantiasa disamping orang tercinta
(chewah...ayat karangan BM darjah3)

Ok, ni nak cerita la pengalaman patah kaki..
Bukan nak Mengharap simpati.
Cuma mahu Berkongsi..
kepada yang sudi..
dari hati nurani ikhlas nan suci..
(ambik pantun lima kerat)

First, kaki saya patah kt betis, kalau bahasa doktor tibia ubulata kot..(Tak Tau)
Nak dipendekkan cerita, saya ni terlibat dalam kemalangan pada 27 Julai 2013..
yang lebih malang lagi berlaku 10 hari lagi nak raya puasa..
Memang frust tahap gaban lah..
Tapi, Nak buat macam mana. Malang tu tak berbau..
Mungkin ini adalah ujian dari Allah..Kita adalah milikNya.

Sekarang ni Dah 4 bulan..still tak sembuh-sembuh lagi..
Kata orang patah tang betis memang lambat baik.. (saje sedapkan hati)
mungkin la kot, sebab kitakan banyak bergerak..
jadi tulang tu macam susah la nak cantum..(Teori sendiri je ni)

Berbalik masa tragedi eksiden Julai2013 tu..
masa dapat tau kaki potah memang macam tak dapat terima..
1) Sebab dah nak hari raya
2) Sebab terfikir kene pakai simen, mesti gatal
3) Tak dapat nak jalan2 dengan bebas.
4) Nanti kene pakai tongkat, ketiak sakit..
5) Tak dapat nak buat body..(hehehehe)

Tapi, Inilah namaya Takdir...
Saya berpegang pada kata-kata.
"Allah Tak Akan Uji Hambanya Lebih Dari Kemampuan Hambanya Itu"
Jadi bermakna, saya boleh menjalani kehidupan dengan kaki patah ni..
dan, Alhamdulillah saya boleh terima ujian ni.

Pelbagai kaedah saya dengar, untuk menyembuhkan Kaki yg patah..
dan yang paling common sekali adalah Jumpa Bomoh Patah..
Tapi aku steady je..buat2 tak caya,,
Still taat setia dengan perubatan moden..
Walaupun dalam hati terlintas nak mencuba..
bukan ape, takut syirik nanti..
Allah bagi ujian kepada kita supaya kita lebih rapat denganNya..
bukan makin jauh lagi...

Tapi, saya tak kata salah jumpa Bomoh Patah okay
ni kan salah satu usaha kita untuk cepat sembuh
terpulangla pada diri sendiri..

Sekarang ni, saya amalkan beberapa ayat Al-quran.
ayat ni saya jumpa masa baca kt blog mana entah..


1.            Surah an-Nurr ayat 35.
2.            Surah Yassin ayat 77 dan 78.

Caranya baca 7 kali setiap kali lepas sembahyang fardhu..
penulis blog tu kata dia amalkan 3 bulan, Alhamdulillah dah boleh main bola..
saya baru amalkan seminggu lebih..

Peringatan, Jangan mempercayai ayat ni penyebab kita sembuh..
Allah yang menyembuhkan segala-galanya..
Ini adalah usaha kita atau lebih dikenali sebagai ikhtiar untuk mempercepatkan proses penyembuhan.

Saya juga ada mendengar ceramah kt rancangan Tanyalah Ustaz TV9..
salah satu cara untuk mempercepatkan hajat adalah dengan memperbanyakkan bersedekah..
So, Marilah kita amalkan bersama-sama..

macam ni la contohnya..hewhewhew

Okay, setakat ni sahaja saya nak kongsikan kepada anda..
Nanti saya kongsikan yang lain ye..
bye-bye

No comments: